Jika Pendapatan Saya Terhenti Hari Ini, Berapa Lama Keluarga Saya Boleh Bertahan?

Facebook
Threads
WhatsApp

Saya terfikir sesuatu hari ini…

Al-Quran menyebut tentang meninggalkan nafkah selama setahun untuk isteri selepas kematian.

“Hendaklah dibuat wasiat nafkah selama setahun…”
(Al-Baqarah: 240)

Setahun pun Allah suruh fikir.
Bukan sehari.
Bukan sebulan.

Jadi saya bertanya pada diri sendiri…

 Kalau setahun pun sudah dianggap tanggungjawab,

 kenapa hari ini kita selesa hidup tanpa rancangan untuk 5 atau 10 tahun akan datang?

Hakikatnya begini.

Jika saya sebagai pencari rezeki diuji, meninggal dunia atau hilang keupayaan bekerja.

Dalam 10 tahun pertama, itulah fasa paling kritikal:

– anak masih bersekolah
– komitmen masih berjalan
– isteri masih menguatkan diri

Islam tidak mengajar kita hidup dalam ketakutan.
Tetapi Islam mengajar kita bersedia dan berfikir ke hadapan.

Perlindungan pendapatan selama 10 tahun bukan soal:

  • takut mati
  • tak percaya rezeki

Tetapi soal:

  • maruah keluarga agar tidak meminta-minta
  • kesinambungan nafkah
  • amanah seorang ketua keluarga

Bukan soal berapa lama kita hidup, tetapi berapa lama keluarga kita boleh terus hidup dengan bermaruah jika kita tiada.

Kalau perkara ini pernah terlintas di fikiran anda, saya sediakan pautan untuk bantu kita sama-sama muhasabah:

https://wanniaga.com/jom/survey-etiqa

Tiada jualan.
Tiada paksaan.
Cuma ruang untuk kita berfikir… sebelum diuji. 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Anda mungkin menyukai ini...

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x