Nasihat lwn Tabiat

Dalam usaha ibu bapa membesarkan anak-anak, adalah menjadi amalan dan cara kita untuk menegur anak-anak jika berlaku kesilapan dan juga sebagai usaha kita mendidik mereka menjadi insan yang baik dan berakhlak.

Pun begitu, ibu bapa perlu ingat, yang anak-anak walaupun dinasihati dan dimarahi, mereka akan lebih terpengaruh kepada perbuatan dan tabiat ibu bapa sendiri. Jika bapa merokok, nasihatlah macam mana pun, anak-anak akan terdedah kepada perbuatan merokok juga kerana meniru perbuatan bapa.

Oleh itu, ibu bapalah yang perlu berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No. WhatsApp tidak akan dipaparkan kepada umum. Ia hanya digunakan sebagai rujukan admin web.