Akhirnya…

Akhirnya.. tengah malam barulah boleh buat kerja dengan aman damai tanpa tangan kecil yang sibuk menaip sama. Bekerja dari rumah memerlukan kesabaran tinggi, tambahan lagi dengan adanya anak kecil yang dah pandai merangkak. Mulalah nak mencapai segala benda.

Aydi akhirnya tertido.

Dah banyak hari kerja tertangguh kerana diri sendiri mula demam, kemudian berjangkit kepada si kecil ni, dan sekarang isteri pula demam. Hehehe.. memang akan huru hara lah jadual kerja di rumah.

Bila si kecil demam, perhatian yang lebih perlu diberikan, biasanya nak berdukung dan perlu dodoi lebih lama sebelum dia terlelap. Siang hari memang tak boleh nak fokus kepada kerja kemaskini skrip laman web dan juga nak kemaskini blog, jadi amatlah lega bila dia dah tido.

Fuh…. lega…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda mungkin menyukai ini...

wanniaga 18/09/2020

Ini Bukan Salah Aircond

Susulan kematian memilukan 3 wanita yang terhidu gas karbon monoksida yang berpunca dari kebocoran ekzos.…

wanniaga 17/01/2023

Anak-Anak MRSM BP

Melayan anak2 MRSM Balik Pulau. Kami bermain permainan komunikasi untuk melihat betapa mudahnya berlaku salah…

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?