Kenapa Allah Uji Kita?

Dalam kehidupan ini, sering kali kita tertanya-tanya, “Kenapa Allah uji aku? Kenapa hidupku penuh dengan dugaan?“ Sebenarnya, ujian adalah sebahagian daripada sunnatullah, dan ia mempunyai tujuan yang sangat mulia. Petikan Al-Quran Tentang Ujian Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut, ayat 2: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ dan […]
Isu Jalur Gemilang Tidak Sempurna oleh KPM

Cerminan Sikap Sambil Lewa dan Kegagalan Pendidikan Patriotisme Isu Bendera Salah: Apa Yang Kita Patut Fikirkan? Baru-baru ini, laporan rasmi SPM 2024 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaparkan Jalur Gemilang yang salah — hanya ada lapan jalur dan dua bintang. Ia berpunca daripada penggunaan imej janaan AI. Masalah ini bukan sekadar teknikal. Ia tunjuk betapa […]
“Tak Boleh Diubah” Bukan Lesen Untuk Berdiam Diri: Bahaya Pemikiran ‘Tidak Apa’ Terhadap Hak Islam dan Melayu

Bahaya Pemikiran ‘Tidak Apa’ Terhadap Hak Islam dan Melayu Baru-baru ini, ucapan oleh seorang pemimpin Melayu menekankan bahawa hak-hak Melayu dan kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diubah – meskipun DAP menguasai majoriti kerusi di Parlimen. Kenyataan ini dilihat sebagai usaha meredakan kebimbangan rakyat, terutamanya penyokong parti Melayu dan kelompok Melayu-Islam. Namun […]
Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Di Mana Taring Kerajaan?

Jalur Gemilang tanpa bulan sabit Susulan blog Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Bila Media Cina Silap, Kementerian Hanya Buat Taklimat?. Lebih seminggu telah berlalu sejak akhbar Sin Chew Daily menyiarkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit — lambang yang mewakili Islam sebagai agama Persekutuan. Tapi hingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan keras dikenakan. Yang […]
Pemberi Rasuah: Mengapa Mereka Jarang Didakwa?

“Kalau ada yang menerima, pasti ada yang memberi. Tapi kenapa hanya sebelah yang dihukum?” Dalam kebanyakan kes rasuah yang didedahkan di Malaysia, perhatian dan hukuman sering terarah kepada penerima rasuah – terutama sekali penjawat awam, ahli politik, atau pemimpin agensi. Namun, satu persoalan besar perlu ditanyakan oleh rakyat: Di manakah pemberi rasuah? Adakah mereka terlalu […]
Pencerobohan Tanah Pahang: Isu Rasuah yang Kronik

Pencerobohan tanah di Pahang bukan isu baru. Ia telah berlarutan selama puluhan tahun. Namun, ramai masih menuding jari kepada parti politik berbanding melihat akar masalah sebenar—rasuah dalam sistem pentadbiran. Apa yang lebih membimbangkan, isu ini bukan hanya berlaku di Pahang. Negeri-negeri lain mungkin juga menghadapi masalah yang sama, cuma tahap pendedahannya berbeza. Rasuah dan Penyalahgunaan […]
Hati-Hati Dengan Laman Palsu: Contoh Penipuan Online Yang Ramai Terpedaya

Pada zaman serba digital ini, penipuan dalam talian semakin canggih dan berleluasa. Baru-baru ini, dua pautan mencurigakan telah mula tersebar dan ramai rakyat Malaysia yang keliru — adakah ianya benar atau satu jerat penipuan? 🔗 Contoh Pautan Mencurigakan: Kenapa Link Ini Merbahaya dan Tidak Boleh Dipercayai? Mari kita teliti satu persatu kenapa pautan ini bukan […]
Teguran Terbuka: Anthony Loke Gagal Bertindak Sebagai Menteri Malaysia

Anda menteri negara mana? Ambo sebagai rakyat Malaysia memandang serius tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dari parti DAP, yang baru-baru ini menyerahkan sebuah cenderahati rasmi kepada Presiden China, Xi Jinping — sebuah plak pewter Royal Selangor yang diukir dengan simbol naga, lengkap dengan naratif bahawa naga itu mewakili kekuatan, kebijaksanaan dan persahabatan. Tindakan […]
Nampak Lawak, Bila Melayu Pakai Kain dan Selipar Dipandang Leceh, Tapi Bila Mat Salleh Pakai Dipuji “Cute”

Nampak macam lawak, Tapi… Ambo terjumpa gambar ni dalam Facebook. Dan nampak macam lawak, tapi terasa ianya ada kaitan dengan sikap dan keadaan minda orang kita. Pernah tak kita terfikir — kenapa bila orang Melayu pakai kain pelikat dan selipar, mereka dipandang sebagai lekeh, sengkek, atau pemalas, tapi bila mat salleh pakai gaya yang sama, […]