Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada motoWAN | motovlog

Salam belako! Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, semoga amalan sepanjang bulan Ramadhan kita diterima Allah SWT. Aku juga ingin memohon maaf dan ampun atas segala kesalahan yang tersengaja dalam bergurau senda dan tanpa sengaja ketika melontarkan bicara.

Salam Aidilfitri 1441

Salam Aidilfitri… hari ini adalah hari kejayaan, hari kegembiraan selama sebulan dalam Ramadhan, kita melatih diri, menjinakkan nafsu menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Less is More

Baju raya dah 10 tahun tak beli yang baru. Baju Melayu warna hitam dah berusia 15 tahun. Kain pelikat biru pemberian arwah nenek kegemaran ambo dah berusia 17 tahun.

Borang Maklumat Masuk Premis Perniagaan/Pejabat dengan Kos Murah!

Sekarang ni SOP nak masuk ke premis perniagaan kena isi borang. Nak kena ada maklumat pelanggan. Cara biasa adalah pen dan kertas. Tapi kita bukan berada dalam keadaan biasa, pelanggan nak cepat, peniaga nak jimat, dan semua orang nak selamat – pen pun boleh jadi penyebab jangkitan.

Dari FB Ustaz Ebit Lew – 5 Tahun Diuji, 3 jam Diselesaikan

Syukur di Tumpat Kelantan setelah 5tahun duduk dipondok dekat kubur. Ujian mereka. Terima kaseh tuan tanah bantu selama ini. Syukur dalam masa 3jam dapat sewa rumah baru Rm450 sebulan. Saya akan bayar bil elektrik dll selagi hayat insyaAllah. Ada 3 bilik cantik. Saya belikan keluarga ini Motor Modenas baru Rm3300 kerana susah mereka nak bergerak. Tadi ajar guna peti ais dan mesin basuh. Belikan semua barang keperluan asas rumah..Katil double 2 dan katil single 2.

Dari FB Ustaz Ebit Lew – 5 Tahun Di Rumah Buruk

Ya Allah sayunya hati ini. 5 tahun keluarga ini tinggal disini Tumpat. Sebuah keluarga anak 9 orang. Paling besar 18 tahun. 5 tahun duduk sini. Takde bilik apa. Mereka menumpang sambil menjaga kubur. Sebelum ini ada sewa rumah rm200 tak mampu nak bayar. Suami kakak ini sakit jantung. Suami isteri kerja cari besi buruk dan jaga kubur. Anak sulung 18 tahun sebelum ni kerja kantin sekolah.

Dari FB Ustaz Ebit Lew – 20 Tahun Diuji, 2 Jam Diselesaikan

20 tahun diuji hidup disini selesai dalam masa 2 jam pindah ke rumah baru sewa. Bahagia rasa. Saya rasa syukur sangat dapat bayar sewa rumah dan bil buat keluarga yang baik ini. Saya belikan peti ais,mesin basuh, kipas, cerek elektrik,rice cooker dan katil besar 2 dan 2 katil single dengan tilam dan bantal.

Open chat
1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?