Soalan Lazim Takaful

Apa itu takaful?

Takaful ialah perlindungan kewangan berlandaskan prinsip tolong-menolong (ta’awun) dan patuh Syariah, di mana peserta saling membantu apabila berlaku musibah seperti kematian, sakit atau kemalangan.

Takaful patuh Syariah, tiada unsur riba, gharar dan maisir. Wang caruman diurus secara tabung bersama, bukan milik syarikat sepenuhnya seperti insurans konvensional.

Sesiapa sahaja yang:

  • Ada tanggungan (pasangan, anak, ibu bapa)
  • Ada komitmen hutang (rumah, kereta, perniagaan)
  • Mahu lindungi pendapatan dan kos perubatan
  • Mahu rancang masa depan keluarga dengan lebih teratur

Tidak. Orang bujang juga digalakkan ambil takaful untuk:

  • Medical card
  • Perlindungan pendapatan
  • Persediaan awal sebelum komitmen meningkat

Lebih awal lebih baik. Semakin muda:

•Caruman lebih rendah

•Lebih mudah lulus

•Perlindungan lebih luas

Lebih awal lebih baik. Semakin muda:

•Caruman lebih rendah

•Lebih mudah lulus

•Perlindungan lebih luas

Ya. Medical card hanya bayar kos hospital, tidak gantikan pendapatan jika sakit lama, hilang upaya atau meninggal dunia. Perlindungan hayat / pendapatan masih penting.

Hibah takaful ialah pemberian manfaat takaful kepada penama yang dipilih, tanpa perlu melalui faraid, dan boleh diterima dengan lebih cepat.

Ya. Hibah takaful telah diputuskan harus dan patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah, jika dibuat mengikut struktur yang betul.

  • MLTT: Perlindungan individu, fleksibel, boleh tukar rumah
  • MRTT: Perlindungan berkait pinjaman, biasanya melalui bank

Pemilihan bergantung kepada situasi dan bajet.

Bergantung kepada:

  • Jumlah perlindungan
  • Siapa penama
  • Perancangan jangka panjang
    Ada kes sesuai tambah MLTT untuk perlindungan keluarga.

Bergantung kepada:

  • Umur
  • Status kesihatan
  • Jumlah perlindungan
    Takaful boleh disesuaikan ikut bajet, serendah yang munasabah.

Takaful bukan pelaburan utama, tetapi perlindungan. Namun ada pelan yang menggabungkan perlindungan + simpanan untuk tujuan jangka panjang.

Maklumat adalah untuk pendidikan. Tertakluk terma & syarat Etiqa