Beberapa Sebab Kenapa Anda Harus Beli Barang Melalui Kedai Dalam Talian

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Dunia semakin sempit dengan kehadiran internet. Dengan capaian internet kelajuan tinggi semakin meluas, menjadikan internet mudah dicapai oleh ramai orang. Kini, semakin ramai pengguna boleh mencapai pelbagai maklumat terkini, berita dan promosi sesebuah perniagaan hanya menggunakan telefon pintar masing-masing. Apa yang berlaku di Johor, boleh diketahui di Kelantan, promosi sebuah kedai di Kelantan boleh dilihat oleh pelanggan di Sabah. Begitu cepat dan pantas serta mudahnya capaian maklumat sekarang ini.

Umum mengetahui, China adalah antara pengeluar terbesar pelbagai produk kegunaan pengguna, sama ada produk teknologi, pakaian, rumah atau syarikat, banyak yang dihasilkan di China. Jika dulu, kita perlu ke China untuk membeli produk mereka. Bayarlah kita tambah kapal terbang, sampai sana, bayar hotel, dan pergi ke pasar-pasar produk China. Pilih2 barang, kena fikir pula kos logistik untuk di bawa balik. Semua ini menjadikan kos sangat tinggi.

Kini, dengan internet yang baik, disokong oleh teknologi perbankkan internet yang semakin selamat dan ditambah dengan sokongan syarikat-syarikat logistik yang semakin cekap, menjadikan anda boleh membeli belah produk-produk terus dari China dengan jumlah sekecil 1 unit.

Anda boleh layari laman web-laman web yang menawarkan pekhidmatan jualan produk dari China, bayar menggunakan kad debit (kad ATM anda), kad kredit atau perbankkan internet atau pindahan wang melalui mesin deposit, dan tunggu produk anda dihantar ke rumah. Sangat mudah dan jimat!

Jadi di sini, ada beberapa sebab, anda kena beli produk melalui kedai online

KESELESAAN

Sambil baring atas katil pun boleh beli barang. Selesa, tanpa susah payah panas lagi keluar rumah.

HARGA LEBIH MURAH

Oleh kerana, tidak perlukan kos seperti gudang simpan barang, tidak perlu sewa kedai, maka kos menjadi lebih rendah, maka harga produk adalah lebih murah. Anda jimat.

ELAK KESESAKAN

Bagi yang tak suka dengan kesesakan lalu lintas atau pun kesesakan manusia dan pusat beli belah, dapat order barang di ruang tamu rumah amatlah mendamaikan.

RANCANG PEMBELIAN

Apabila membeli belah melalui kedai online, anda akan guna kad debit/kredit, bank online transfer, semua cara pembayaran ini ada catatan pembelian, dengan ini anda boleh mengawal pembelian anda.

LEBIH BANYAK PILIHAN

Para suami sekalian, bayangkan isteri sedang melakukan product hunting, sakit kaki lah kena ikutkan, jadi dengan beli di kedai online, scroll, search, pilihan banyak wooo. Tak letih.

KEDAI 24 JAM

Kedai online di buka 24 jam! Bestkan.

Antara kedai online yang menawarkan produk-produk terus dari China adalah Kedai WANniaga. Kami merupakan sekumpulan pengguna-pengguna yang sangat suka membeli belah, apabila melihat kekuatan kedai online, dan ribuan produk China yang praktikal, bagus dan murah, maka kami telah membangunkan Kedai WANniaga ini.

Tujuannya adalah untuk memudahkan para pengguna seperti kami sendiri mencari pelbagai produk terus dari China, pilih, bayar menggunakan cara mudah dan selama seperti kad debit/kredit, pindahan bank (atas permintaan), dan seterusnya hanya perlu tunggu produk dihantar oleh abam posmen ke pintu rumah masing-masing.

Oleh kerana Kedai WANniaga dibangunkan oleh kami,  pengguna seperti anda, maka produk2 yang kami senaraikan dalam Kedai WANniaga ini telah pun melalui proses penapisan, pemilihan, dari segi produk bermutu, pembekal yang dipercayai, oleh itu kami menawarkan jaminan wang dikembalikan jika produk tidak sampai ke rumah anda dengan selamat*. (tertakluk kepada terma dan syarat)

Oleh itu, anda boleh membeli belah di Kedai WANniaga dengan yakin dan mudah.

Jika anda ingin membeli produk yang masih belum disenaraikan di Kedai WANniaga, anda boleh request produk tersebut, kami akan cari pembekal dan masukkan produk untuk jualan di dalam kedai online kami. Nampak butang kuning sebelah kanan skrin anda? Klik saja di situ dan mesej kami. Atau klik di sini untuk isi form Contact us, masukkan maklumat seperti nama produk kegemaran anda itu. 

Okeh.. tunggu apa lagi  klik di bawah untuk melayari Kedai WANniaga! Silakan..

Leave a Reply

Jangan Terlepas Blog Terbaru WANniaga

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan

terima pemberitahuan pos baru melalui e-mel

Contact
+6 012 953 2348

WANNIAGA diuruskan oleh ABYG COMPUTER STATION (KT0151900-P)

Tingkat 1, No 1402, Taman Seri Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Get Your Free Consultation. Let’s talk about your business! Fill out this form and we will reach out to you.