WhatsApp tidak Sesuai sebagai Support App

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Dalam dunia berteknologi maklumat sekarang, maklumat mudah didapati oleh pengguna, ianya di hujung jari sahaja, tekan, sapu, tekan, dapat maklumat yang dicari.

Oleh itu, perniagaan mula menggunakan aplikasi mobile – secara khususnya, aplikasi media sosial, sebagai medium perhubungan antara perniagaan dengan pelanggan.

Apa yang saya mahu bicarakan pada hari ini adalah penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai medium bantuan – maklumat -support app kepada pelanggan.

Sebagai contoh, sebuah perniagaan telah buat satu group WhatsApp dan menjemput agen-agen syarikat ke group tersebut. Tujuannya adalah untuk membantu agen-agen mendapatkan maklumat tentang perniagaan tersebut.

Malangnya, cara begini ada kekurangannya. Oleh kerana WhatsApp dibina sebagai aplikasi media sosial – untuk bersosial, maka ia tidak sesuai untuk dijadikan support app kepada para agen syarikat.

Kenapa? Bayangkan, hari ini agen Abu, ingin borang A untuk diisi, pembantu syarikat upload ke dalam WhatsApp group, agen Abu pun dapat borang tersebut. Kemudian, agen-agen dalam group berbual, maka maklumat tentang borang tersebut akan hilang naik ke atas, katakan, seminggu kemudian, agen Amin, nakkan borang tersebut juga, dia pun bertanya dalam group, pembantu pun upload lagi – benda yang sama. Jika ada 200 agen? Maka akan ada agen yang akan keluar group atas alasan, telefon hang.

Perkara ini akan mengurangkan kecekapan dan produktiviti syarikat kerana menggunakan WhatsApp yang tidak direka untuk bantuan maklumat.

Adalah lebih mudah, jika perniagaan memiliki mobile app jenama sendiri dan setiap agen boleh download dan instal sebagai mana aplikasi WhatsApp. Dan segala maklumat boleh disusun atur mengikut kesesuaian syarikat kerana aplikasi ini adalah jenama syarikat sendiri – bukan lagi WhatsApp.

Contoh, aplikasi Cosway Pengkalan Kubor yang boleh dinstal ke smartphone Android, aplikasi ini menyediakan pelbagai fungsi maklumat setempat untuk ahli-ahli Cosway, jadi pengguna tidak lagi tercari terscroll dalam WhatsApp. Nak tengok katalog, nak login ke pejabat online, nak tukar barang redemption, semua setempat dalam aplikasi ini.

Jadi, amatlah bijak bagi sesebuah syarikat untuk memiliki mobile app jenama sendiri. đź‘Ť

Leave a Reply