Jangan SPAM

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

WAJIB menjaga adab dan etika ketika melakukan pemasaran di internet atau meggunakan SMS/Whatsapp/Telegram. Jangan sesekali menghantar iklan menerusi Whatsapp/Telegram/SMS/emel tanpa kebenaran prospek/bakal pelanggan. Ianya dikira sebagai SPAM dan mengganggu bakal pelanggan kita.

Malangnya, ada sifu-sifu pemasaran yang berkongsi senarai nombor telefon, kononnya dikatakan sebagai database pelanggan, maka kita ambil dan mulalah SPAM iklan kepada nombor-nombor ini. Cara begini adalah salah dan tidak beretika. Ini boleh menyebabkan nombor telefon kita dilaporkan sebagai SPAM dan akan beri kesan kepada reputasi JENAMA kita sendiri.

Jadi, ubah cara pemasaran, belajar cara yang betul dari guru yang betul.

Leave a Reply