Hardware dan Software dalam Perniagaan

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Komputer, smartphone dan gajet yang kita ada sepatutnya digunapakai untuk memudahkan kerja seharian kita. Semua itu adalah hardware, dalam perniagaan selain hardware, software juga penting untuk mengurus perniagaan agar hidup lebih teratur.
Order masuk, payment, urus order, track order dan selesai. Semua ini memerlukan SISTEM. Ada kenalan yang takut nak guna sistem, kena tambah kos katanya. Betul, akan ada peningkatan kos, tapi seperti kata seorang sifu biz, jika takut dengan KOS, jangan berniaga. Sebab? Kos sepatutnya telah diambil kira ke dalam harga produk atau servis. Sebagai peniaga, jangan takut untuk kira semua kos dan letak harga yang munasabah dengan produk, kerja dan usaha kita.
Apabila berniaga, pastikan anda ada sistem perisian untuk akaun, sistem perisian untuk tempahan, penghantaran dan tracking tempahan.
 
Semua ini akan membantu perniagaan anda berkembang.
 
– WANniaga

Leave a Reply