Youtube – motoWAN dan Diana

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Al kisah dahulu kala...

Ambo mempunyai minat mendalam dan kecintaan kepada jentera beroda dua sejak muda. Perasaan bebas, dengan deruan angin dan limpahan cahaya matahari serta pemandangan alam yang cantik menjadikan setiap tunggangan adalah terapi ketenangan. Itulah yang ambo rasa ketika berada bersama jentera beroda dua ini.

Dulu ketika masih muda remaja, ambo dah rasai pengalaman menunggang Suzuki Best dan Suzuki RG Sport. Ya, ketika itu, sibuk modi motor, tukar ekzos, tukar itu tukar ini. Setiap petang keluar berderak, Pantai Tujuh adalah destinasi utama. Hehehe.

Ketika sambung belajar di U, motor adalah kenderaan utama ke sana ke mari, ke Gambang, Pahang, jam 2 pagi dengan motor, hingga keras jari2 dek kesejukan. Boleh lipat kaki ke dalam raga motor ketika melayan jalan tepi pantai di Terengganu, yup, ketika itu 1996, nak nampak sebuah kenderaan pun payah di jalan raya di situ.

Youtube - motoWAN dan Diana 1
Suzuki Best
Youtube - motoWAN dan Diana 2
Suzuki RG Sport
Youtube - motoWAN dan Diana 3
Comel JR125Z Storm

Apabila mula berumahtangga pada tahun 1998, minta terhadap motor terpaksa disimpan, fokus utama adalah keluarga. Ku simpan dalam jiwa… Beli motor juga masa ni, tapi….. skuter Comel je laaaa…hehehe

Dan kini, ketika usia sudah mencapai lebih 40 tahun, minat dan kecintaan dan inginkan perasaan bebas serta terapi kedamaian ketika menunggang motor kembali membuak. Maka, dengan lafaz bismillah, ambo mencari sebuah motor baru untuk tugasan perniagaan dan dalam masa yang sama memenuhi minat kepada kembara dengan motosikal.

Misi Mencari Jentera Baru...

Akhir September 2019 – misi mencari sebuah jentera beroda dua pertama yang memiliki enjin yang lebih 250cc, punyai beberapa ciri2 keselamatan asas, senang ditunggang, selasa untuk perjalanan jauh, harga rakyat marhain, penjagaan yang mudah… nak juga motor yang punyai torque yang best agar sedap melayan tunggangan dalam bandar serta tahan lasak.

Ada beberapa pilihan, setelah berfikir panjang, ambo memilih untuk membeli sebuah jentera dari India yang dipasarkan di Malaysia dengan jenama Modenas, Bajaj Dominar D400. Antara sebab utama adalah – ketahanan, 2 ciri keselamatan asas ABS dan slipper clutch, enjin 400cc, mode tunggangan sport touring yang selesa untuk perjalanan dekat dan jauh, senang melayan jem dalam bandar dan torque yang sangat meransangkan… huhuhu.. Kini telah bernama DIANA!

Youtube - motoWAN dan Diana 4
DIANA

Sebuah Channel Youtube - motoWAN

Seperti yang ambo kisahkan di atas, ambo ni minat pusing2, ronda2 dan kembara dengan motor. Tapi, ambo belum pergi jauh lagi, paling jauh pun Terengganu, kenapa?

Sebab utama adalah, untuk membiasakan diri dulu dengan Diana ni. Mengikut seorang sifu motor, seseorang penunggang hanya akan betul2 serasi dan menjadi cekap hanya setelah bersama dengan motornya lebih 6 bulan. Oleh itu, ambo hanya ride dekat2 je dulu.. hehehehe

Dalam duk melayan Diana ni, ambo terasa rugi kalau ambo tak record video perjalanan dan kembara ambo ni, jadi terasalah nak wujudkan cenel Youtube ni. Tambahan pula, boleh nak record keadaan jalan raya yang dibina oleh kontraktor2 kaya dengan menggunakan kepala lutut mereka. Kesian  Diana, terlambung2 dek terlanggar lubang dan bumper jadian…Dan juga boleh juga record babi jadian di jalan raya…

Youtube - motoWAN dan Diana 5

motoWAN dan Diana

Kini, bermulalah sebuah cenel Youtube daripada seorang yang masih noob, ambo ucapkan Selamat Datang kepada semua ke Youtube #motoWAN

Masih belajar, dan mencari setup yang bagus untuk video dan mic. Dalam beberapa video, masih record menggunakan bluetooth, jadi suara bunyi agak pecah. Insyaallah, kita akan baiki dari masa ke semasa.

Ok guys, jom tonton, layan, like, comment dan subscribe cenel ambo neh.

Youtube - motoWAN dan Diana 6
Youtube - motoWAN dan Diana 7

Leave a Reply