Ujian dan Sabar

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Ketika ini, diuji dengan sedikit ujian, bekalan elektrik terputus lebih 10 hari, terpaksa redah sungai golok deras ke tak bai untuk beli generator, sebab Chik (emak) masa ni tak berapa sihat akibat strok, jadi Chik tak tahan panas. Perlu ada kipas untuk mengurangkan kesakitannya. Terima kasih abe Soh kerana bantu.

Masa ini juga, semua talian telefon bimbit terputus, hanya ada talian darat. Semua jalan ke Pengkalan Kubor terputus, dan lori tangki tak boleh masuk, jadi petrol pun takde, nak beli petrol untuk generator, boleh, hanya RM10 seliter sahaja.

Bekalan air juga takde, ada telaga tua yang membantu. Masa ni anak-anak sempat belajar “kara air telago”. Berpeluh la jugak.

Begitulah kita manusia, hamba Allah yang lemah. Ketika diuji, kita sabar, semoga kesabaran kita menjadi amalan hebat di akhirat nanti.

Kini, kita juga diuji dengan pelbagai cara tersendiri, dan ingatlah;

Allah berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٣‏

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ” (Al-Baqarah [2]: 153).

Leave a Reply

Jangan Terlepas Blog Terbaru WANniaga

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan

terima pemberitahuan pos baru melalui e-mel

Contact
+6 012 953 2348

WANNIAGA diuruskan oleh ABYG COMPUTER STATION (KT0151900-P)

Tingkat 1, No 1402, Taman Seri Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Get Your Free Consultation. Let’s talk about your business! Fill out this form and we will reach out to you.