Terus Buat!

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Kebanyakan orang berasa tidak berdaya dalam kehidupan mereka. Seolah-olah mereka tiada kawalan ke atas kehidupan mereka.

Sebenarnya, anda mempunyai lebih banyak kawalan dan pilihan berbanding apa yang anda fikirkan.

Ada yang berkata bahawa “nasib baik adalah untuk mereka yang bersedia untuk mengambil peluang!”

Bayangkan dua lelaki berjalan di jalanan pada hari cerah dan berangin. Sekeping kertas di tiup angin tersorok di celah2 sampah di jalanan, seorang lelaki mengabaikannya kerana mengangap ianya adalah sampah.

Lain hal seorang lelaki lain yang menolak sampah kecil ke tepi dan mengutip kertas tersebut dan menyedari dengan senyuman yang ianya adalah sekeping wang kertas RM50.

Jadi siapa yang lebih bernasib baik?

Lelaki kedua?

Tidak! Kedua2 peluang ini melintas di hadapan kedua-dua lelaki tersebut. Yang membezakan keduanya adalah, KESEDIAAN UNTUK BERTINDAK ke atas PELUANG yang ada!

Jadi wahai sahabat, orang yang berjaya bukanlah kerana nasib baik, tetapi adalah kerana kesediaan mereka untuk BERTINDAK MENGAMBIL PELUANG YANG ADA.

Just do it!!

WANniaga

Terus Buat! 1

Leave a Reply