Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Hari Raya. Hari Kemenangan. Hari Keluarga

Malam ini malam Raya, esok hari raya! Hari raya adalah hari kemenangan umat Islam dalam menjalani ibadat di bulan Ramadhan. Hari raya juga adalah hari keluarga, berkumpulnya keluarga, berjumpa sanak saudara. Hari raya juga hari kemaafaan, meminta maaf dan memberi maaf. 0-0!

Sepanjang Ramadhan, kita melatih diri untuk menjadi umat Islam yang cemerlang, dan kini, kita bergembira bersama keluarga. Walau apa pun cabaran menanti kita, walau apa pun ujian menduga kita, 1 Syawal adalah hari gembira. Lupakan sementara kesedihan, berikan senyuman manis kepada semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 1

Malam raya tahun 1440H ini, ada kelainannya apabila Tok Chik memberi kebenaran kepada Wan Ariq dan Wan Damia untuk menghias rumah mengikut selera cucu-cucunya.

Suka hati Ariq apabila malam ni dia jadi boss, susun, paku, cabut, buang, pasang, gantung ikut suka dia. Wah.. ada seni juga pemain bola sepak neh. Habis di koreknya almari-almari Tok Chik dia dan jumpa pula benda yang pelik. Orang baru tak pernah jumpa kaset video. Siap teruja dan bawa depan ambo tanya, ehh We, gapo dio neh? hahahaha

Alhamdulillah. Esok hari gembira. Sambutlah dengan penuh kesyukuran. Kami sekeluarga, Wan Hasbullah, Haslinda, Wan Ariq Ulwan, Wan Damia Ulwan dan Wan Aydi Ulwan, mendoakan kegembiraan, kerahmatan dan kesatuan umat Islam seluruhnya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2

Leave a Reply

1
Salam, saya Wan, apa yang boleh saya bantu?
Powered by

Jangan Terlepas Blog Terbaru WANniaga

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan

terima pemberitahuan pos baru melalui e-mel

Contact
+6 012 953 2348

WANNIAGA diuruskan oleh ABYG COMPUTER STATION (KT0151900-P)

Tingkat 1, No 1402, Taman Seri Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Get Your Free Consultation. Let’s talk about your business! Fill out this form and we will reach out to you.