Nak beli?

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Nak beli? 1

Pernah jumpa iklan-iklan di Facebook atau Instagram yang menyuruh kita untuk komen “PM” atau “NAK” atau “WASAP KAMI”?

Nak beli? 2

Dan apabila kita Whatsapp mereka, mereka akan ambil masa untuk balas maklumat produk atau servis yang ditawarkan.

Ini adalah antara teknik marketing yang paling saya tak suka. Saya nak tahu maklumat produk atau servis dengan pantas. Jadi saya lebih suka kalau baca copywriting atau penerangan produk dan servis dengan tenang dan penerangan yang lengkap akan memudahkan saya untuk buat keputusan beli atau tak.

Tapi jika perlu Whatsapp baru dapat maklumat, oh saya tak suka tunggu.

Mungkin anda suka teknik ini, tapi saya rasa ramai juga yang tidak suka.

Jadi, mungkin lebih baik jika kita buat pilihan ada penerangan lengkap di website dan juga boleh komen untuk bercakap dengan wakil jualan. Gabungan cara ini membolehkan kita melayan dan meyakinkan pelbagai golongan pelanggan. Sekali gus ini akan menaikkan sales kita.

Leave a Reply