Masa tu nyawa dik oiii

Alhamdullillah. Selesai juga pemasangan unifi, walaupun berlaku sedikit kekeliruan.

Nak jadi cerita, pihak tm telah sahkan masa pemasangan antara 1230pm hingga 730pm. Dan nama juruteknik pemasangan telah diberi.
Maka, hari ni ambo kosongkan jadual kerja, semata2 menunggu juruteknik nak mari pasang unifi ni.
ambo harapkan juruteknik ni akan call atau sms atau whatsapp ambo la jam berapa nak datang. Tunggu punya tunggu, takde call, sms atau whatsapp.

ambo pun sambung ke unifi support chat, dan bertanyalah kepada mereka nombor phone juruteknik, tapi malangnya mereka takde. tapi mereka berjanji untuk hubungi team installation di Kelantan ni.

Ambo pun sebek la duk tunggu di rumah sampai jam 530pm, masih takde bunyi lagi… darah sudah naik upstair…
chat balik dengan support, ayat ambo mudah jah, minta supervisor call saya sekarang. support berjanji untuk naikkan lagi report ambo, selang 30 minit, dapat call daripada juruteknik, wah ingat nak mari pasanglah, ye lah kan duk tunggu punya lama. tetiba dia cakap, takleh datang hari ni. tak sempat pasang katanya, ambo tanya kenapa? jawapan dia nak gi amik bini.

oii!!! aku ni ada bini jugak… satu hari tak keluar ke mana sebab duk tunggu demo. boleh dia mudah je cakap nak ubah hari lain.
ambo pun cakap le dengan tegas skit jew… kata, kalau tak boleh datang hari ni patutnya inform awal2.. korang kan dah ada jadual kerja.. buat perancangan.. dah tahu masa pemasangan 2-3 jam satu tempat.. inform awal2 takde la blood mendidih neh.

ambo tak kira, kena pasang hari ni, esok ambo banyak keje.. nak gi kilang tengok produk lagi, bla..bla.bla.
juruteknik ni kata tak boleh juga, baik.. ambo report ke tm..abih citer. letak phone. dan terus nak report ke tm.

ehhh pong..pong.tetiba dia sampai depan pintu. sambil kata ke ambo, dia tak pernah jumpa lagi customer kalut nak report macam ambo ni, ehh budak ni.. ambo kata, “jangan main2 dengan masa customer la dik oi.. masa tu nyawa… jangan duk buang masa orang.” skang ni nak pasang ke tak?

dia datang salam, minta maaf 10 kali salam 5 kali.
baik..baik… cancel report.

orait dah pasang, speed 99Mb download, 50mb upload.
gambar ni bila guna wifi, wired punya memang hit speed yang dijanjikan.. cantek..

Alhamdulillah.
Dik.. jadikan pengajaran.. keje biar tersusun dan baik.. hormat masa pelanggan..
tq

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1 other subscriber

Categories
×

Cart

Contact
+6 012 953 2348

WANNIAGA diuruskan oleh ABYG COMPUTER STATION (KT0151900-P)

Tingkat 1, No 1402, Taman Seri Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Get Your Free Consultation. Let’s talk about your business! Fill out this form and we will reach out to you.