Jangan percaya gambar di internet – Panglima Hang Tuah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Kenapajadi begini?

Kenapa jadi begini? Kenapa fikiran, mulut dan tangan kita pantas menaip komen-komen yang mendahului pengetahuan kita? Sejak tersebarnya berita Ustaz Kazim berhasrat menjual 1 unit Pusat Tahfiz di Pusat Pendidikan Al-Barakah, maka pelbagai reaksi yang diterima oleh Ustaz Kazim, ada yang memberi semangat dan ada yang mengeji – disalutkan dengan politik pula.

Malangnya ramai yang tidak menonton pun sidang media penjelasan oleh Ustaz Kazim, tapi mereka terus mengulas panjang kenapa Ustaz Kazim dikatakan gagal mengurus dan ada yang kata Ustaz Kazim boros dan menggunakan duit ke arah lain. Seperti komen di bawah ini, mereka percaya “cerita” yang dikongsi di bahagian komen FB yang kononnya bersumber si polan itu ini. Apabila baca sahaja terus “screenshot” dan sebar. Tidak takutkah kita pembelasan di akhirat nanti?

Dalam kes ini, Ustaz Kazim telah terangkan, kita terimalah kenyataan tersebut dengan tenang, melainkan kita sendiri mempunyai ย maklumat yang boleh membantu siasatan atau dakwaan, maka lebih baik kita senyap.

Janganlah kita berbicara melebihi pengetahuan kita, kerana setiap susunan ayat kita akan ditanya nanti, bukan oleh SPRM, bukan oleh kerajaan tetapi oleh ALLAH SWT.

Alasan orang lain buat, jadi kita boleh buat adalah alasan memakan diri di hadapan Allah nanti.

Dan jika ada sesuatu kes pun terhadap guru atau pihak sekolah ini, maka teruskan dengan tindakan saman seperti yang ingin dilakukan.

Akhirnya apa yang nak cuba saya sampaikan di sini adalah, sebagai orang yang tiada kaitan, dan tiada kemampuan untuk menyiasat sesuatu benda, kita kena berserah kepada pihak berwajib dengan harapan semuanya diadili dengan adil. Kita pula, berlapang dada dan tidak terburu-buru menyebarkan sesuatu yang tidak pasti.

Ingatlah pesanan Datuk Panglima Hang Tuah ini ๐Ÿ˜‰ย ;

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1 other subscriber

Categories
ร—

Cart

Contact
+6 012 953 2348

WANNIAGA diuruskan oleh ABYG COMPUTER STATION (KT0151900-P)

Tingkat 1, No 1402, Taman Seri Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Get Your Free Consultation. Letโ€™s talk about your business! Fill out this form and we will reach out to you.