Isteri adalah Bidadari Rumahtangga

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Isteri bukan pekerja.

Isteri adalah permaisuri dan bidadari rumahtangga.

Hari ni jadual agak penuh, cuaca maha panas dan terik, keluar pagi di jalanan, sampai lewat petang, cuaca sangat menguji. Di tambah dengan kesesakan lalulintas hingga perjalanan yang biasa mengambil masa 20 minit, menjadi 2 jam.

Sampai di rumah, isteri terus menyidai kain, kemas barangan dapur, siap-siap untuk masak. Nasib baik, ada anak dara yang tolong mandikan si Aydi. Setelah siap, isteriku, terus memasak untuk sahur, lauk pauk sahur yang pasti sedap.

Aku bersiap ke masjid, terus tarawih – Done tarawih. Nnt ada kata tak pi pulak.

Balik dari masjid, kain telah dilipat, rumah sudah kemas, lauk telah siap, ku intai di bilik tidur, si isteri sedang tidurkan anak,

“Tak tidur lagi ni, nnt ayang buatkan air panas”, aku angguk kepala.

Selang beberapa lama, aku intai ke bilik, isteri sudah terlelap, letih dan penat terpancar di wajahnya. Aku terus ke dapur buat sendiri air nescafeku, walau pun tidak sesedap hasil tangan isteri, oklah.

Ehhh nasi belum ditanak. Isteriku mungkin ingat nak buatkan air dan terus tanak nasi, tapi dia telah tertidur. Ku lihat wajahnya, memang letih ni. Kalau ambil gambar pasti aku kena tidur luar sampai raya. Hahahaha…

Aku ambil beras, basuh, masukkan air, kerana aku suka nasi sedikit lembik, aku lebihkan air, masuk dlm periuk nasi, hidupkan suis, senang sangat. Basuk pinggan, periuk, kuali. Basuh sink. Siap!

Adakah jatuh kejantananku apabila buat semua ini. Sudah pasti tidak, kerana isteriku adalah bidadari.

Leave a Reply

Jangan Terlepas Blog Terbaru WANniaga

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan

terima pemberitahuan pos baru melalui e-mel

Contact
+6 012 953 2348

WANNIAGA diuruskan oleh ABYG COMPUTER STATION (KT0151900-P)

Tingkat 1, No 1402, Taman Seri Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Get Your Free Consultation. Let’s talk about your business! Fill out this form and we will reach out to you.