Hero Manusia

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Setiap kali melihat aktiviti bantuan oleh Ustaz Ebit Lew dan pasukan, menjadikan perasaan aku bercampur aduk dengan pelbagai emosi, sedih, gembira, bangga dan harapan.

Hero Manusia - Jangan Biarkan Dia Keseorangan
Hero Manusia – Jangan Biarkan Dia Keseorangan

Sedih – aku berasa sedih kerana apabila melihat masih ada saudara-saudara ku yang tinggal di kediaman yang begitu dhaif. Begitu tidak cukup dengan perkara asas sekalipun. Sedih kerana kita sebagai saudara manusia masih gagal memberikan secebis bantuan kepada mereka. Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, aku merasakan kita semua wajib mempunyai jiwa yang besar untuk memperbaiki diri masing-masing.

Gembira – aku berasa gembira, apabila Allah hadirkan dan gerakkan UEL dan pasukan untuk memberikan bantuan sebegitu rupa. Gembira kerana begitu mudah UEL menyediakan bantuan tanpa perlunya proses yang panjang dan ini menjadikan penyelesaian hebat untuk mereka yang dibantu ini. Gembira apabila melihat kesyukuran yang tergambar diwajah para penerima bantuan.

Bangga – kerana UEL adalah seorang penerima hadiah paling mahal di dunia iaitu HIDAYAH Allah untuk memeluk Islm. Bangga kerana UEL dan pasukan ini memberikan bantuan bermula dengan menggunakan kewangan dan kemampuan hasil perniagaan beliau, dan kini begitu ramai jiwa manusia disentuh untuk sama-sama memberikan sokongan kepada UEL dan pasukan melalui derma masing-masing . Bangga melihat sendiri di depan mata seorang jutawan muslim menunjukkan contoh bagaimana kekayaan kurniaan Allh ini sepatutnya dibelanjakan, iaitu pada jalan Allah – derma dan dakwah!

Harapan – aku mempunyai harapan begitu tinggi untuk melihat jutawan-jutawan muslim yang lain untuk melakukan aktiviti bantuan seperti UEL dan pasukan atau sekurang-kurannya dapat memberikan sokongan kewangan kepada UEL. Harapan untuk melihat agensi-agensi Islam mampu memberikan bantuan secara penyelesaian cekap dan mampu memudahkan cara seperti UEL lakukan agar mereka yang memerlukan dapat dibantu dengan segera dan mengeluarkan mereka dari masalah secara lebih tersusun. Harapan agar semua umat manusia tersentuh hati untuk peka memerhatikan adik beradik dan jiran tetangga yang mana memerlukan bantuan untuk sama-sama kita bantu membantu.

Terima kasih UEL dan pasukan. Anda semua adalah Hero Manusia!

Leave a Reply