Dilema Kami

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Hari ni memandu 23km ke Kota Bharu semata-mata mahu deposit duit perniagaan di Maybank Kota Bharu.

Sampai ke bank, terus ke mesin deposit untuk masukkan duit, tengah tunggu mesin duk kira duit tetiba…. keluarlah slip – Cash Jammed!

Adoiiii. Dah la datang tadi jem di Wakaf Bharu, nanti nak balik jem di Pasir Pekan, ni duit pulak jem dalam mesin. Call Maybank, buat laporan, ok encik dalam masa 2 hari kita masukkan duit. jeng!!!

Kenapa terpaksa memandu 23 km ke Kota Bharu semata-mata nak masukkan duit ke bank?

Oh… kerana tiada bank di Pengkalan Kubor, sebuah pekan Kawasan Bebas Cukai yang mempunyai puluhan ribu penduduk dengan kakitangan kerajaan terdiri daripada guru, polis, imigresen, marin dan kastam, kecuali Bank Simpanan Nasional yang punyai 1 mesin deposit dan 1 mesin ATM. Dan ketika ini BSN tengah kemaskini sistem mereka sejak 31/8 hingga 4/9. So memang tak boleh guna perkhidmatan BSN sekarang ni.

Setiap kali gaji maka atm jem, mesin deposit jem. Jeng lagi kawe…

Inilah dilema kami, bila buat perniagaan, duit perlu keluar masuk dalam akaun, nak keluar pun susah nak masuk pun susah. Sedangkan Pengkalan Kubor adalah kawasan perniagaan – Kawasan Bebas Cukai. Nasib baiklah juga Cosway Pengkalan Kubor menerima pelbagai cara pembayaran seperti kad debit/kad kredit/online banking/qr pay. Tapi… semua tu memerlukan duit dimasukkan ke dalam bank juga. Adoiii jeng lagi.

Dulu masa kerajaan dulu, dah minta dengan wakil rakyat, dah minta dengan menteri, tapi tak jadi, sebab rupanya kerajaan memang takde kuasa apa2 untuk paksa bank sediakan mesin deposit dan atm mencukupi sebagai tanggungjawab sosial mereka, kerajaan memang takde kuasa apa2 hanya ada kuasa bagi lesen bank saja. Bank pula boleh lah caj pelbagai caj ke atas pengguna, kenapa? Ohh kerana kerajaan memang takde kuasa. Kerajaan hanya bagi lesen bank je. 🤤🤧🙄

Maka oleh kerana itu, kerana hal yang demikian, kami penduduk di sini hanya boleh memandu 23km untuk masukkan duit ke bank yang maha canggih.

Dilema rakyat biasa…

Leave a Reply