Cannot Brainlah

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Nabi SAW dah pesan, dah bagi panduan tentang cara nak elak wabak :

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Yang bermaksud: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).7

Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).8

Nabi s.a.w. juga pernah didatangi oleh sekumpulan orang dari Bani Thaqif untuk berbai’ah, dan salah seorang daripada mereka menghidapi sejenis penyakit yang berjangkit. Nabi s.a.w. mengutus kepadanya dan tidak bersentuhan dengan dia, seraya berkata: “Sesungguhnya kami telah menerima ba’iah kamu, maka pulanglah.” (Hadis riwayat Imam Muslim).9

Tetapi, apa yang dibuat oleh umat Nabi SAW sekarang?

  1. Balik dari kawasan merah berjumpa mak ayah kononnya rindu.
  2. Melancong ke sana ke mari kononnya bosan.
  3. Ke sana ke sini bersentuhan, kononnya lebih takutkan Allah SWT daripada virus/wabak.

Kita semua tidak mengikut ajaran Nabi Allah SWT dan sekarang saling bertanya kenapa wabak makin menular?

Cannot brainlah…

Leave a Reply