Beli kerana Apa?

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

BELI KERANA APA?

Semalam saya pergi ke satu majlis alumni kursus ESQ. Saya sendiri bukanlah alumni ESQ, belum berpeluang untuk pergi sebelum ini. Saya dijemput kerana saya design dan bina landing page untuk Netserv (M) Sdn Bhd, https://netserv.my – landing page untuk Kursus ESQ di Kelantan bulan Ogos nanti.

Ok berbalik kepada kisah penjual testimoni palsu, saya berkenalan dengan ramai kenalan baru di majlis tersebut, alumni ESQ ni dari pelbagai latar belakang dan juga kerjaya, ada pengarah, penjual, kontraktor, guru, pensyarah dan lain-lain.

Salah seorang kenalan baru saya adalah seorang kontraktor yang berkenalan dengan seorang pengeluar produk kecantikan dan kesihatan terkenal di Malaysia, menurut kenalan baru ini, tuan empunya diri yang jual produk kecantikan tersebut tidak lah bagus sangat kulitnya, tapi dia pecahkan satu rahsia masa mereka berbual, dia hanya jual produk menggunakan cerita sensasi, testimoni yang melebih-lebih dan paling penting katanya, jual produk menggunakan cara menunjuk kemewahan kereta rumah dan sebagainya.

Katanya orang Malaysia memang akan cepat terpengaruh apabila tayang kereta, tayang rumah, tayang body, maka dia mampu jual dengan mudah dan laris.

Anda sendiri beli produk kerana apa? Trend? Kawan?

Leave a Reply