Dari FB Ustaz Ebit Lew – 20 Tahun Diuji, 2 Jam Diselesaikan

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

20 tahun diuji hidup disini selesai dalam masa 2 jam pindah ke rumah baru sewa. Bahagia rasa. Saya rasa syukur sangat dapat bayar sewa rumah dan bil buat keluarga yang baik ini. Saya belikan peti ais,mesin basuh, kipas, cerek elektrik,rice cooker dan katil besar 2 dan 2 katil single dengan tilam dan bantal.

Syukur sangat rasanya. Dibantu oleh penduduk setempat yang baik. Terima kaseh semua yer. Tadi menangis tengok makcik ni yang uzur. Rindu mak saya. Baik makcik ini. Anak dan cucunya semua lembut cakap dengan saya.

Adik ni saya bagi semangat untuk capai cita-cita. Ada seorang masih belajar. Dengar perasaan mereka dari kecil buat hati saya sayu jer. Rasa bersalah dan sedih sangat. Syukur puas sangat melihat air mata dan senyuman mereka.

Katanya tak sangka boleh dapat rumah begini. Sebelum ini tandas pun tiada. Bau sampah. Bayangkan seluruh sampah macam 3 bukit. Mereka tinggal di tengah-tengah. Kita satu bakul sampah jer dalam rumah cepat buang ke luar. Ya Allah maafkan saya yer makcik. Maafkan saya adik. Doakan saya. Hari ini ujian adik. Yakinlah adik akan jadi seorang yang mulia dan baik akan bantu ramai manusia dalam dunia. Ada rahmat disebalik semua.

Terima kaseh jkm. Terima kaseh zakat. Terima kaseh ketua kampung. Terima kaseh ajk msjid. Terima kaseh orang kampung. Terima kaseh semua yer. Sama-sama kita bantu membantu dalam kebaikan.

Dari Facebook Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply