Dari FB Ustaz Ebit Lew – 20 Tahun Di Pondok Buruk di Pasir Mas

Sebarkan...

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Menangis lagi. 20 tahun tinggal pondok kecil tanpa tandas. Menangis lagi hari ini di Kelantan. Ditempat pembuangan sampah yang besar. 3 longgokan sangat besar sampah. Ada 3 pondok kecil disitu yang tiada tandas pun. Takde rupa rumah langsung. Sedihnya rasa..Jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan. Tadah air. Makcik tua umur 70an bersama anak cucunya disitu selama 20 tahun di Pasir Mas Kelantan. Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Tak patut ada sesiapa tinggal disitu.

Sebaik sampai mereka semua kenal saya. Adik tu menangis. Umur 19 tahun belajar kolej. Betul ke ustaz ebit lew ini. Makcik tu sakit dah uzur. Tak kuat nak berjalan. Mereka kenal saya. Baik-baik adik-adik ni. Ujian mereka.

Dengar kisah hidup mereka buat saya menangis. Ada yang tak habis sekolah. Tapi serius adik ni semua baik-baik. Kisah mereka terasa masa saya pernah rasa susah dulu. Rasa rendah diri dan malu nak jumpa orang.

Saya pujuk mereka untuk pindah dan saya nak bayar semua sewa dan bil api air insyaAllah. Mereka setuju nak pindah. Terharu nak pindah. Tak sangka senang ajak. Ya Allah maafkanlah saya lambat jumpa keluarga ini. Setelah 20 tahun mereka lalui semua ini. Saya rasa berdosa dan bersalah yang amat sangat.

Terima kaseh kak RajaAnita tunjukkan jalan tadi dan ada membantu hantar barang dapur. Terima kaseh JKM dan zakat hadir membantu mereka barang dapur. Terima kaseh penghulu dan ketua kampung. Terima kaseh ajk masjid yang ambil tahu keadaan keluarga ini. Mei ini bermula bantuan untuk mereka dari jkm insyaAllah.

Saya tahu pasal mereka awal Ramadhan. Tapi baru hari ini sampai. Maafkanlah saya ya Allah. Ampunkan dosa saya. Doakan saya tengah cari 2 rumah untuk disewakan pada mereka.

Dari Facebook Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply