Kekecewaan, konflik, ketakutan, marah, rasa dikhianati, malu – adalah perasaan manusia yang akan keluar apabila berlaku sebarang pertelingkahan di antara dua atau lebih individu di tempat kerja , dalam perniagaan dan lain-lain. Ini adalah normal sebagai manusia, kerana kita memang mempunyai perasaan – namun, semua emosi ini perlu dikawal oleh fikiran yang bijaksana.