ABYG Computer Station (ACS) adalah sebuah syarikat milikan tunggal berstatus perniagaan bumiputera muslim yang telah terlibat dalam bidang menyediakan penyelesaian perniagaan dari segi perkakasan komputer, pembinaan dan pembangunan laman web serta pembinaan aplikasi telefon mudah alih pada kos yang lebih mampu milik..
ACS mula ditubuhkan sejak 2002 dengan membuka sebuah kedai perkakasan komputer di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. ACS telah menyediakan perkhidmatan pembaikian komputer dan jualan sistem komputer pertama di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Sejak itu, ACS mula melangkah masuk ke dalam bidang digital internet dengan menyediakan penyelesaian kepada perniagaan yang memerlukan pembinaan laman web, pembinaan aplikasi telefon mudah alih dan pembangunan sistem kedai dalam talian pada kos yang lebih berpatutan. ACS amat mementingkan mutu servis kami, oleh itu kami menawarkan servis dengan menggunakan alatan dan sistem yang premium dan praktikal agar anda dapat menumpukan perhatian terhadap perniagaan anda.